Saturday, March 21, 2009

Palpate La Aku..Part 2

MCBB tgk citer dgn 2 kwn MCBB dr Negeri Bawah Angin dan Miss What-Ever yang pernah tinggal kat negeri yang sama... Mmg sedih la citer Sky Of Love tu..

walaupun terdapat sedikit gangguan dr Radicare namun itu tidak mampu melawan gangguan hormon MCBB akibat 'palpation' dr Miss What-Ever.

Sejak dari saat itu MCBB dh x dpt nak konsentret pd movie sbb takut palpation berlaku lagi memandangkan Miss What-Ever dok hanya beberapa cm sjer dr MCBB...

Yang mampu MCBB buat hanyalah berdoa agar movie tu cepat abis..bersabar dengan dugaan tu...kalo x sabar x dpt tgk sampai abis..

MCBB : Rasa kesian pada diri sendiri sbb sentiasa menjadi mangsa palpation...

Geng Nugget 3 Seringgit : Ahli terkantoi...

MCBB mmg x der niat nak turun mkn kol 10 td tp sbb Miss Jar-War mendesak, MCBB pun ikut la.. Dah selesai menemani Miss Jar-War beli jajan, MCBB gi beli air milo kat kedai uncle eddy..

Lantas ternampak la MCBB akan 2 pelatih dr DK8 sedang menikmati makanan masing2 disertai oleh sorang lg anak buah YB.. Saje je nak beramah mesra (tanpa palpation) jd MCBB pun mendekati la 3 serangkai tu..

Miss-T yg sedang menikmati hidangan (MCBB pun x prasan apa yg dia makan)..tp yg pasti MCBB dpt mengesan 1 entiti berwarna kuning keemasan didalam pinggan Miss-T yang tinggal lg 1... Entiti itu tlah disahkan sebagai nugget oleh mata MCBB..hehe..Miss-T pun jd ahli diam2 ek??

MCBB : Harap Miss-T x marah dgn MCBB sbb masukkan citer Miss-T dlm blog MCBB ni..

Palpate La Aku...

Rasanya ramai yg setuju dgn MCBB pasal hal ni..Miss What-ever memang suka bermesra dgn rakan-rakan sekelas...

kemesraan itu ditunjuk melalui "palpation" lembut pada otot2 dibahagian Humerus mangsa..

Meh MCBB tunjuk dia punya aktiviti analisis :

1) Kenal pasti mangsa
2) mendekati Target
3) panggil namanya
4) tanya mangsa apa yg mangsa sedang buat
5) palpation pada humerus.
6) palpation beberapa kali..

MCBB : x tau cam ner nak elakkan palpationnya..mungkin kene letak something cam Tense kat humerus MCBB..Biar dia kene electric shock..hehe..

Sendawa Membawa Padah Part 3

Masa tgh layan diri tgk movie, MCBB tanya dgn suku-sakat MCBB dlm kelas, kot2 dorang ada story nak share..

so Mr M ™ kata Miss Had-Been-To-Wonderland telah mengalami kejadian yang sama.. jadi x salah la kalo MCBB cop Miss Wonderland sebagai mangsa..

Tempat kejadian : DK7

waktu kejadian : slepas jam 10mlm kelas BI

Catatan peristiwa : Miss Wonderland terdengar bunyi guruh dan diikuti ribut yang melanggar lehernya ketika aktiviti didalam kump....

Komen : pelaku adalah org yg sama cuma mangsa jer yg berlainan..


MCBB : Terpk gak dah berapa ramai suku-sakat MCBB yg dh jd mangsa BURP MONSTER ni...Kesian kat dorang..Apapun..kita senasib..

Multiple Meaning Word dlm DK8..Part 2

Perkataan dibawah telah dikenalpasti ketika ucapan pembatalan kelas oleh Encik Akram.

1) Dia 12 tahun dah besar dah..
mangsa : L

2) bagi dia makan ais krim
mangsa : Jojo

3) Kecik
mangsa : semua pelatih DK8



MCBB : Entah korang paham ke x ayat2 diatas..???

Sendawa Membawa Padah Part 2

Masa tunggu kelas pg tu bermula, 1 lagi sendawa telah dilepaskan di bahagian belakang dan kedengaran hingga ke telinga MCBB yang berada selang dua baris dihadapan. Memang tergamam semua ahli kerabat yang berada disisi MCBB....

Yang lebih malang, salah seorang mangsa yang lebih dikenali sebagai Mr Potter terpaksa berlari ke tempat duduknya kerana terkejut akan bunyi dan bau yang telah meletus...


Pelaku kemudian bertanya kepada MCBB "Kuat ke bunyi??"..MCBB x tau nak komen cam ner...



MCBB : Kesian kat Mr Potter sebab terlibat dgn kejadian yang melibatkan bau... semalam bau tanpa bunyi tapi ari ni bau beserta bunyi effectnya skali...

Friday, March 20, 2009

Geng Nugget 3 Seringgit

Pagi ni mase MCBB beli sarap kat kafe kolej, MCBB nampak ramai yang beli nugget ayam 3 keping seringgit tu.. skali tgk bdk nursing ada, bdk farmasi ada, bdk IK ada, bdk X-ray pun ada...bila 2 kali tgk MCBB detect ada bdk OT yg join 2 kaki beli makanan kegemaran ramai tu...

Pelatih tersebut MCBB kenalpasti sebagai Miss Aha! dan Miss She.. haha... Nampaknya Geng Nugget 3 seringgit dah boleh daftar sebagai 1 kelab atau persatuan yang sah sebab dah ada ramai pengikut sama ada dorang sedar, separuh sedar atau mmg x sedar langsung.. huhu..

Thanks to Miss What-Ever sebab telah jd founder pada kelab ni..


MCBB : X sabar nak tunggu mesyuarat agung Kelab Geng Nugget 3 Seringgit.... Nak tgk sapa yg jd presiden...

Thursday, March 19, 2009

Lirik Lagu Kentutmu Mewangi

Lagu ini dicipta sebagai kenangan utk post "Pengentut Dijejaki".. Cara nak nyanyi lagu ini adalah mengikut irama lagu hanya Kau Yang Mampu nyanyian Aizat...

Kentutmu Mewangi

Ku cuba fikir kembali,
apa yg ku hidu tadi,
terngiang didalam fikiran,
terus mengganggu perhatian..

cerita tentang kentut itu,
cerita juga tentang bau,
abadi didalam kenangan,
ku ingatkan sepanjang zaman...

harusnya xkan ku biarkan engkau pergi,
setelah membuatku hampir separuh mati,
derita yang kau buat ku tanggung hari ini,
hanya engkau yang mampu senyum nampak gigi.....

cerita tentang kentut itu,
tiada siapa yang nak mengaku,
hingga kini ku mati kutu,
mencari siapa punya bau...

adakah kau rasa kau akan bahagia
setelah membuatku tertanya-tanya,
derita ini nampaknya aku saja yg punya,
menjeratku dari mula sampai aku kerja,

ngaku saja la, oooooooo!!!!!!!!!
ngaku saja la, oooooooo!!!!!!!!!
ngaku saja la, oooooooo!!!!!!!!!
ngaku saja la, oooooooo!!!!!!!!!

oooooo,
harusnya x patut aku berhenti cari,
mencari dan terus mencari,
derita yang kau buatku tanggung hari ini,
kau ingat kau tetap dapat lari dari realiti...???

ngaku saja la, oooooooo!!!!!!!!!
ngaku saja la, oooooooo!!!!!!!!!
ngaku saja la, oooooooo!!!!!!!!!
ngaku saja la, oooooooo!!!!!!!!!

hanya engkau yang tahu,
x perlu rasa malu...

ooooooooo........


MCBB : lirik dah ada..skrg kne cari penyanyi la pulak..huhu..nak suruh org yang berbakat dalam program OT utk nyanyi...mana la tau leh nyanyi utk annual dinner ni..huhu..

Multiple Meaning Word dlm DK8..

Perkataan ini di kesan ketika kelas Ayahanda kesayangan kita...

1. Kucing naik atas katil.
2. air pancutan.
3. pancutan
4. bluetooth.


MCBB : Nak mskkan byk lg tp oleh krn MCBB x sempat nak salin, jd MCBB cuba dgr la lain kali bila ada dalam kelas...(bg yg paham,paham la...x paham??MCBB x dapek nak nolong)

Sendawa Membawa Padah

DK8 - Tayangan Perdana filem Slumdog Millionaire telah diadakan di bahagian belakang DK8 dengan bantuan laptop Angelo Jolie (a.k.a Shahir)... Antara yang setia menonton tayangan yang tidak mengutip sebarang bayaran itu ialah Angelo sendiri ditemani oleh Belle, L dan Stuff Crust..


Setelah filem memasuki babak suku akhir, MCBB pun sampai di meja tayangan di ikuti oleh Miss What-Ever beberapa minit kemudian.


Sedang syok MCBB layan konflik dlm filem tu tiba-tiba Miss What-Ever telah sendawa dan mengeluarkan bau nugget ayam 3 keping seringgit yg dimakannya ketika b-fast pagi tadi...oleh kerana Miss What-Ever berdiri di tepi MCBB, Bau itu mmg ketara. Tp MCBB x pasti penonton yg lain dapat menghidunya atau tidak.


Tapi yang peliknya, Miss What-Ever wat muke sluber jer dan terus menonton seperti biasa seperti tiada apa yang berlaku..







MCBB : Apa nak buat, dah nasib badan..


Pengentut Di Jejaki...

DK8, Khamis - 1 kentut telah dilepaskan dlm DK8 oleh pengentut yg tidak dikenali... menurut saksi kejadian iaitu Saudara Harry, kentut yang dilepaskan menyebabkan udara dikawasan hidung beliau serta 3 lagi rakan beliau iaitu Mr Kelegaan, Ketua Geng Kapak - Miss R serta Miss E telah tercemar.


untuk mengelakkan udara yang tercemar itu mereka telah menggunakan kipas buluh (gambar menunjukkan BUKAN kipas sebenar) serta kertas yang dilipat spt kipas untuk menhalang udara yang tercemar itu dari menjalani proses penapisan udara di paru-paru mereka.



Saudara Harry berasa amat lega apabila kelas Biomech telah dihentikan untuk memberi laluan kepada pelatih berehat selama lima minit. Namun beliau kembali stress apabila masa tersebut telah tamat.



Sehingga buletin ini diterbitkan, tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab... Namun mangsa-mangsa berharap agar mengentut itu dapat ditangkap secepat yang mungkin.




MCBB : Bernasib baik sbb dok dlm barisan lain ketika kejadian.


Catatan The Chicken Reporter...


Miss Chicky Bon-Bon (MCBB) rasa gembira sgt sbb dpt create blog ni utk bacaan peribadi MCBB dan rakan2 yg mengetahui..terlalu byk criter yg MCBB dpt sepanjang beberapa hari lalu..kalo MCBB start menulis dr dulu lg, agaknya dh glamour Chicken Gossip ni...


Apapun, criter ni hanya sekadar hiburan mengenai gelagat kwn2 MCBB..maklum la..kanak-kanak ribena lg..hehe...sebarang makluman dan respon serta komen amat MCBB hargai..

jangan lupa..watak2 dlm ni adalah watak yg hidup..utk mengetahui siapa mereka yg terlibat, pembaca perlu berimaginasi sedikit..hehe..just nak bagi gusi x kering...org yg ada sakit pd ekspresi muka pun leh ketawa kalo baca..hopefully la..


TP INGAT "SHHHHHH!!!!!!!!!!!!!"

"CIPTA KONTROVERSI, TINGKATKAN PRESTASI, TAPI KEKALKAN TRADISI.."


MCBB : harap tulisan MCBB tidak menyinggung sesiapa..